Wednesday 2 November 2011

ABU BAKAR DENGAN MAKANAN TUKANG RAMAL

Gambar Hiasan



Abu Bakar mempunyai seorang hamba yang menyerahkan sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya itu telah membawa makanan lalu dimakannya sedikit oleh Abu Bakar.
Hamba itu berkata:”Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian”
Kata Abu Bakar “Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya.Terangkan kepada ku dimana kamu mendapat makanan ini”
Hamba menjawab, “Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang ramal. Orang-orang yang aku ramal nasibnya kadang-kadang tidak dapat bayar uang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sudah memperoleh uang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini.”


Mendengar kata-kata hambanya Abu Bakar memekik : “Ah! Nyaris-nyaris kau bunuh aku”
Kemudian dia coba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang menyarankan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. saran ini diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.
Kata seorang pemerhati, “Semoga Allah memcucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit”
Kepada kata-kata orang itu telah dijawab oleh Abu Bakar, ” Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa aku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata : -Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka-. Oleh itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku.”
Abu Bakar sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakannya.
Semoga menjadi ikhtibar kepada kita.

Wallahua'lam






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...