Wednesday 2 November 2011

KISAH ABU BAKAR RA DICERCA



Dikeluarkan oleh Ahmad dan At-Tabarani daripada Abu Hurairah r.a. bahwa seorang lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. 
Ketika itu, Rasulullah SAW juga sedang duduk di sana. Baginda SAW tersenyum dan kehairanan melihatkan keadaan lelaki tersebut. 
Apabila lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap dirinya, Abu Bakar r.a. pun membalas beberapa kata lelaki tersebut. Dengan yang demikian, Rasulullah SAW menjadi amat marah lalu bangun dan diikutii oleh Abu Bakar r.a.. 
Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW: “Lelaki itu bersikap kurang ajar terhadap diriku, oleh kerana itu aku membalasnya. Apabila aku  membalasnya, kamu meninggalkan kami di tempat itu”.
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kami  membalas kata-kata sesatnya itu syaitan  mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Oleh yang demikian, aku tidak mahu duduk bersama-sama dengan syaitan”.




Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi:”Ya Abu Bakar ! Terdapat tiga perkara yang benar iaitu:
1) Apabila seorang hamba itu dizalimi dengan satu kezaliman, maka dia meninggalkan tempat itu semata-mata kerana Allah, Allah akan menguatkan dan membantunya.
2) Apabila seseorang itu membuka pintu kedermawannannya dan memberi hadiah, maka Allah akan menambahkan kekayaannya.
3) Apabila seseorang itu meminta-minta untuk menambahkan kekayaannya, maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Wallahua'lam


SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...